www.womanmiracle.com
  • HOME
    • Hubungi Kami
  • Info Untuk Wanita
    • Info Pelaburan >
      • Jadual ASBF-i CIMB 2018
    • Info pendidikan >
      • DAFTAR ONLINE
    • Inspirasi & Motivasi
    • Tips Kecantikan dan Make-Up
    • Info Menarik
    • Resipi WM
  • Info Kerjaya
  • Projek #WomenHelpingWomen
    • BLOG #WomenHelpingWomen
    • Detail Projek #WomenHelpingWomen
  • Tips Program Online
    • PELUANG BISNES
    • Projek Bina Website Percuma
    • Tips Affiliate
    • AMARAN SCAM ONLINE
    • TIPS DUIT ONLINE FREE

Ibu bersalin dalam Air

10/16/2011

Comments

 
Ibu Malaysia pertama guna kaedah baru diperkenal elak kesakitan

GEORGETOWN: Seorang wanita selamat melahirkan anak lelaki dalam air, kaedah yang baru diperkenalkan di Malaysia di sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Wang Chiew Kian, 40, yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya seberat 3.64 kilogram tanpa sebarang komplikasi, dipercayai wanita pertama yang melahirkan bayi dengan kaedah itu di negara ini.

Anak keempat Wang dilahirkan pada jam 5.20 petang dalam sebuah tangki air dengan dibantu sepasukan pakar perubatan Hospital Island, diketuai Pakar Perunding Sakit Puan hospital itu, Dr Narinder Singh Shadan.

Turut memberi sokongan kepada Wang yang mula dimasukkan ke dalam tangki air kira-kira jam 4.30 petang ialah suaminya, Goh Beng Huat, 37, seorang subkontraktor.

Kaedah melahirkan anak dalam air masih baru di Malaysia walaupun sudah lama digunakan di luar negara, khususnya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Kaedah itu adalah satu proses normal yang memerlukan ibu berada di dalam air beberapa jam sebelum tiba waktu kelahiran.

Wang ketika ditemui kira-kira setengah jam selepas melahirkan anak yang masih belum diberi nama, berkata dia memilih kaedah itu bagi mengurangkan kesakitan bersalin.

Beliau yang keletihan selepas kira-kira sejam berada dalam tangki air, tersenyum puas apabila melihat bayinya sihat dan comel.

“Sebelum ini, saya menanggung kesakitan ketika melahirkan anak. Tetapi, dengan menggunakan kaedah ini, ia mengurangkan kesakitan,” katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami.

Dr Narinder berkata, pihaknya terpaksa menggunakan tangki air kerana hospital itu belum memiliki kemudahan yang lengkap bagi mengendalikan kaedah kelahiran dalam air.

Tangki diisi air hingga paras perut pada suhu 37 darjah celsius iaitu suhu badan. Kedudukan pesakit dalam tangki air sebelum melahirkan anak bergantung kepada keselesaan.

“Apa yang pasti, kaedah ini dapat mengekalkan emosi seorang ibu yang cemas hingga menjadi begitu tenang,” katanya sambil menambah dalam kes Wang pihaknya memasang lagu berentak sentimental.

Beliau berkata, kaedah melahirkan bayi dalam air memerlukan pasangan yang bermotivasi, sokongan daripada keluarga, selain menggunakan khidmat pakar.

“Kaedah ini sangat baik kerana pesakit tidak diberikan sebarang ubat dan tiada sebarang gangguan.

“Tugas saya hanya perlu memeriksa tekanan jantung dan melihat skrin yang menunjukkan bila pesakit akan melahirkan anak. Saya tidak perlu memegang pesakit kecuali jika keadaan memerlukan.

“Kaedah ini juga mengurangkan trauma kepada ibu di saat melahirkan bayi serta mampu memberi satu persekitaran yang baru kepada bayi berkenaan,” katanya.

Sumber:Berita Harian, 16/02/2008

Baca Maklumat Lanjut DISINI >>>
Picture

Comments
    WomanMiracle.com

    Promote Your Page Too

    Archives

    September 2014
    March 2014
    November 2013
    November 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011

    Categories

    All
    10 Cara Membahagiakan Ibubapa
    20 Perkara Kecil Yang Memberi Perbezaan Besar Kepada Perkahwinan Anda
    500 Wanita Usahawan Internet
    5 Fakta Penting : Percaya Atau Tak?
    7 Keajaiban Menangis
    Amalan Berpantang
    Anak Kembar
    Apa Itu Haid?
    Apakah Pembedahan Caesarean?
    Apa Nilai Isteri Anda?
    Berbengkung
    Bisnes Online Wanita
    Cara Bersalin
    Cinta Dan Seks Vs Anak
    Darah Tali Pusat
    Episiotomi Untuk Kelahiran Pertama
    Eve Words
    Gila Meroyan
    Haid
    Haid Lambat Keluar
    Ibu Bersalin Dalam Air
    Isu Keluarga Bukan Remeh
    Jagaan Semasa Kehamilan
    Kaedah Bersalin
    Kaedah Bersalin Dalam Air
    Kerap Hamil Jejas Tulang
    Ketahui Jantina Bayi
    Kisah Wanita
    Kudrat Seorang Wanita
    Luka Bersalin
    Luka Bersalin Cepat Sembuh
    Masalah Dalam Pantang
    Masalah Haid
    Masalah Semasa Berpantang
    Merancang Kehamilan
    Nak Duit Lebih? BERHENTILAH MEROKOK!
    Pemandu Teksi Wanita
    Pendarahan Luar Biasa
    Penyakit Jantung Semasa Hamil
    Seks Semasa Hamil
    Simptom Selepas Bersalin
    Tanda-tanda Bersalin
    Teknik Epidural
    Tips Perkahwinan
    Tongkat Ali Untuk Wanita
    Video Bersalin Normal
    WM EMALL

    RSS Feed


    widgetsSINCE 14/01/2013
Powered by Create your own unique website with customizable templates.