www.womanmiracle.com
  • HOME
    • Hubungi Kami
  • Info Untuk Wanita
    • Info Pelaburan >
      • Jadual ASBF-i CIMB 2018
    • Info pendidikan >
      • DAFTAR ONLINE
    • Inspirasi & Motivasi
    • Tips Kecantikan dan Make-Up
    • Info Menarik
    • Resipi WM
  • Info Kerjaya
  • Projek #WomenHelpingWomen
    • BLOG #WomenHelpingWomen
    • Detail Projek #WomenHelpingWomen
  • Tips Program Online
    • PELUANG BISNES
    • Projek Bina Website Percuma
    • Tips Affiliate
    • AMARAN SCAM ONLINE
    • TIPS DUIT ONLINE FREE

Jahitan Selepas Kelahiran Vagina

9/21/2011

Comments

 
Kenapakah jahitan diperlukan selepas kelahiran vagina?

Anda mungkin memerlukan jahitan selepas kelahiran vagina. Bahagian di antara pembukaan vagina dan anus anda (perineum) mungkin meregang begitu jauh sehingga ia koyak sedikit bila bayi anda dilahirkan. Perineum anda sangat memberi. Namun begitu, bayi anda mungkin memerlukan ruang lebih dalam perjalanannya keluar, mengakibatkan kekoyakan.

Lebih kurang sembilan dari 10 orang ibu mengalami kekoyakan sebanyak sedikit semasa melahirkan. Maklumat ini mungkin mencemaskan, tetapi kebanyakan koyakan kecil dan tidak memerlukan jahitan. (Mungkin mengurut perineum anda pada minggu-minggu sebelum kelahiran bayi boleh membantunya meregang pada hari itu. Setengah bidan mengajar kaedah ini dalam kelas antenatal.) Bidan atau doktor anda akan membuat pemeriksaan teliti untuk sebarang kekoyakan, dan berapa darjahnya, selepas anda bersalin

Anda juga akan memerlukan jahitan jika anda menerima potongan kecil (episiotomi) pada perineum anda untuk menolong bayi anda keluar ke dunia ini. Lebih kurang satu dari lapan orang wanita menerima episiotomi. Ia biasa dilakukan jika bayi anda perlu dilahirkan dengan bantuan alatan seperti forseps atau ventouse. Kadang-kala episiotomi terus mengoyak selepas potongan telah dibuat.

Selain mengalami koyakan atau memerlukan episiotomi, kemungkinan besar anda juga akan mengalami calar-lebam. Ia lazimnya disebabkan tekanan dari kepala bayi anda melalui pembukaan vagina. Jika anda memerlukan bantuan, forseps dan ventouse juga akan meninggalkan calar-lebam. Menerima jahitan bagi koyakan atau episiotomi juga meninggalkan kesannya.

Koyakan jenis apa yang memerlukan jahitan?
Koyakan anda akan diperiksa. Koyakan dihitung mengikut empat darjah:

• Darjah pertama: satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.

• Darjah kedua: koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit, dan biasanya memerlukan jahitan.

• Darjah ketiga: koyakan mendalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus dan selalu memerlukan jahitan.

• Darjah keempat: koyakan parah yang melebihi paras otot-otot anus anda. Koyakan mungkin sejauh bahagian usus yang terletak selepas anus, dan selalu memerlukan jahitan.

Apa yang mungkin menyebabkan saya cenderung mendapat koyakan parah?
Hanya satu daripada 100 orang ibu yang melahirkan secara vagina mengalami koyakan darjah ketiga atau keempat. Sukar meramalkan siapa yang akan mengalaminya. Oleh sebab itu, koyakan parah juga sukar dielakkan. Namun begitu, kita tahu yang anda lebih cenderung mengalami koyakan parah jika:
  • anda melahirkan bayi pertama;
  • bayi anda dalam posisi belakang-menghadapi-belakang;
  • berat badan bayi anda melebihi 4kg (8 paun 3 aun);
  • bayi anda perlu dilahirkan dengan bantuan forseps.
Kami tidak pasti jika suntikan epidura menambahkan kebarangkalian koyakan yang teruk. Keputusan untuk mendapatkan suntikan epidura mungkin dikaitkan dengan kejadian lain dalam proses kelahiran yang mengakibatkan koyakan itu.

Bagaimanakah jahitan dilakukan?

Jika koyakan itu tidak serius, doktor anda akan memberikan anestetik setempat untuk mengebas kawasan itu. Dia akan serta-merta menjahitkan koyakan. Barangkali dia akan menggunakan satu jahitan selari, di mana benang dijahit secara melintang, dan bukan beberapa jahitan. Ini harus lebih selesa bagi anda.

Jika anda menerima jahitan darjah ketiga atau keempat, anda akan diberi anestetik supaya tidak merasa sebarang kesakitan, iaitu anestetik setempat, melalui spinal atau suntikan epidura, untuk mengebaskan kawasan itu.

Tiub halus (kateter) akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengumpulkan urin anda. Ini akan memudahkan pemulihan perineum anda. Drip mungkin akan dimasukkan ke dalam lengan anda untuk memberikan cecair. Ubat penghilang kesakitan akan diberi bila anestetik dihentikan. Anda akan perlu berehat selama 24 jam selepas jahitan dibuat. Namun, anda juga akan dinasihatkan jangan duduk untuk jangkamasa panjang.

Bagaimana saya mempercepatkan proses pemulihan?
Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih adalah penting. Ini mengurangkan risiko infeksi bagi anda. Cuba tip-tip berikut:

• Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari.

• Tukarlah tuala materniti anda secara kerap dan cuci tangan sebelum dan selepas anda melakukannya.

• Terus melakukan senaman lantai pelvis. Anda mungkin terasa ini adalah perkara terakhir yang hendak dibuat. Namun, ianya penting buat kesihatan anda kini dan di kemudian hari. Ia akan mempercepatkan proses pemulihan dan mencegah kebocoran dari usus atau pundi kencing.

• Dedahkan jahitan pada udara. Tanggalkan seluar dalam atau sarung, dan rehat di atas katil di atas sehelai tuala lama selama lebih-kurang 10 minit, satu atau dua kali sehari.

• Minum banyak air dan makan makanan yang kaya serat. Ini boleh menolong anda mengelakkan konstipasi. Anda akan lebih selesa jika boleh membuka usus dengan senang.

Jika anda mengalami koyakan darjah ketiga atau keempat, anda mungkin dinasihatkan mengambil kursus antibiotik selama lima hari untuk mencegah infeksi. Anda juga akan diberi julap supaya tidak tertarik jahitan bila ke bilik air.

INFO : Untuk pemulihan luka selepas bersalin dengan cepat dan berkesan, anda boleh mengambil PIL HARUAN. Baca disini untuk info lebih lanjut.

Bagaimana saya melegakan kesakitan atau ketidakselesaan?
Cuba tip-tip berikut untuk membantu pemulihan:

• Letakkan pad gel sejuk, beg kecil ais atau kacang pea beku pada perineum. Untuk melindungi kulit yang lembut itu, balutkan beg ais dengan kain bersih dahulu.

• Bila membuang air kecil, tuangkan air suam sekali pada kemaluan. Ini akan melarutkan urin dan mengurangkan pedih.

• Mandi air suam. Letakkan beberapa titik minyak lavender atau minyak tea tree dalam air tab. Sungguh pun tiada bukti yang ia berkesan, anda mungkin mendapati ia meredakan ketidakselesaan. Keringkan jahitan dengan tuala bersih dan lembut.

• Ambil pil penghilang kesakitan. Ia seharusnya dipreskripsi oleh doktor, terutama jika anda menyusui badan.

• Letakkan kompres witch hazel atau sapukan witch hazel pada jahitan dengan bebola kapas.

Baca lebih lanjut mengenai cara-cara meredakan kesakitan perineum.

Bilakah saya harus mendapatkan bantuan?
Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi mereka pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi. Selepas dua bulan, anda tidak harus mengalami sebarang kesakitan. Walaupun koyakan parah, anda tidak harus mengalami sebarang masalah selepas tahun pertama.

Doktor akan bertanyakan sebarang masalah pada pemeriksaan posnatum anda. Buatkan temujanji yang lebih awal jika anda bimbang. Minta bantuannya jika:
  • jahitan anda menyebabkan kesakitan atau berbau busuk, yang merupakan tanda infeksi;
  • anda perlu lintang-pukang tergesa-gesa ke bilik air bila perlu membuka usus;
  • anda tidak boleh menahan kandungan usus bila kentut;
  • anda ada kebimbangan atau masalah lain.

Jika anda risau tentang seks selepas melahirkan, anda boleh bincang dengan doktor anda. Amat biasa jika anda risau kerana jahitan atau calar-lebam. Kebimbangan mengenai pemulihan jahitan membuatkan perasaan lebih ketara.

Bincang juga dengan suami anda. Beritahu dia yang anda risau tentang memulakan hubungan seks. Tiada salahnya anda melambatkan hubungan ini buat sementara waktu. Hanya pulihkan hubungan seks sepenuhnya bila anda berasa sedia sepenuhnya.

INFO : Untuk pemulihan luka selepas bersalin dengan cepat dan berkesan, anda boleh mengambil PIL HARUAN. Baca disini untuk info lebih lanjut.

Sumber : babycentre
Picture
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, anda boleh mencuba PIL HARUAN.Ia amat mujarab dan berkasiat untuk ibu-ibu selepas bersalin.
KLIK DISINI UNTUK INFO LANJUT DAN TESTIMONI PENGGUNA

Comments
    WomanMiracle.com

    Promote Your Page Too

    Archives

    September 2014
    March 2014
    November 2013
    November 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011

    Categories

    All
    10 Cara Membahagiakan Ibubapa
    20 Perkara Kecil Yang Memberi Perbezaan Besar Kepada Perkahwinan Anda
    500 Wanita Usahawan Internet
    5 Fakta Penting : Percaya Atau Tak?
    7 Keajaiban Menangis
    Amalan Berpantang
    Anak Kembar
    Apa Itu Haid?
    Apakah Pembedahan Caesarean?
    Apa Nilai Isteri Anda?
    Berbengkung
    Bisnes Online Wanita
    Cara Bersalin
    Cinta Dan Seks Vs Anak
    Darah Tali Pusat
    Episiotomi Untuk Kelahiran Pertama
    Eve Words
    Gila Meroyan
    Haid
    Haid Lambat Keluar
    Ibu Bersalin Dalam Air
    Isu Keluarga Bukan Remeh
    Jagaan Semasa Kehamilan
    Kaedah Bersalin
    Kaedah Bersalin Dalam Air
    Kerap Hamil Jejas Tulang
    Ketahui Jantina Bayi
    Kisah Wanita
    Kudrat Seorang Wanita
    Luka Bersalin
    Luka Bersalin Cepat Sembuh
    Masalah Dalam Pantang
    Masalah Haid
    Masalah Semasa Berpantang
    Merancang Kehamilan
    Nak Duit Lebih? BERHENTILAH MEROKOK!
    Pemandu Teksi Wanita
    Pendarahan Luar Biasa
    Penyakit Jantung Semasa Hamil
    Seks Semasa Hamil
    Simptom Selepas Bersalin
    Tanda-tanda Bersalin
    Teknik Epidural
    Tips Perkahwinan
    Tongkat Ali Untuk Wanita
    Video Bersalin Normal
    WM EMALL

    RSS Feed


    widgetsSINCE 14/01/2013
Powered by Create your own unique website with customizable templates.